web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 100,000 Pengunjung Meriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR  - Penganjuran Program
MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini berjaya mencapai matlamat untuk merakyatkan setiap dasar, inisiatif dan perkhidmatan kerajaan bagi masyarakat luar bandar.

Menurut sekretariat penganjur, program yang melabuhkan tirai hari ini merekodkan jumlah 127,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung, melepasi sasaran awal 100,000.

Orang ramai yang tinggal di kawasan pinggir dan luar bandar yang membanjiri Program MADANI Rakyat itu menjadi manifestasi bahawa tiada jurang dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan, malah ia merentas kepelbagaian latar geografi penduduk di negara ini.

Program yang merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu telah menghimpunkan lebih 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan dan menjadi 'pusat sehenti' untuk rakyat.

Kemeriahan program tertumpu kepada Jualan Mega MADANI dan Agro MADANI yang menyaksikan pengunjung menggunakan peluang berkenaan bagi membeli barangan keperluan asas seperti beras, telur dan ayam pada harga yang lebih murah.

Kemudahan perkhidmatan shuttle yang disediakan di setiap kawasan parkir awam, memudahkan dan merancakkan lagi kehadiran orang awam ke program penuh acara itu.

Pelbagai acara dan perkhidmatan seperti pemberian diskaun kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penukaran topi keledar lama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sememangnya menjadi tumpuan ramai yang hadir ke program itu.

Selain gerai yang menawarkan barangan pada harga murah, reruai pelbagai kementerian dan agensi turut menjadi pilihan orang ramai manakala warga kerja kementerian terbabit tidak jemu melayan serta memberikan maklumat berhubung inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan kepada pengunjung.

Selain itu, karnival kerjaya yang turut diadakan dengan menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan membantu membuka ruang kepada warga luar bandar terutama anak muda untuk mendapatkan pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis penutup program itu turut menzahirkan keyakinan program seumpama itu dapat menterjemahkan dan memperkukuh lagi kerangka konsep Malaysia MADANI.

Pelaksanaan program yang dijayakan oleh penjawat awam daripada semua peringkat jawatan itu turut mendapat pujian dan ucapan terima kasih daripada Perdana Menteri yang menyifatkan ia sebagai prestasi yang baik.

Program MADANI Rakyat akan diteruskan ke Zon Utara selepas ini dengan Pulau Pinang dijadual menjadi tuan rumah pada 27 hingga 29 April, Zon Timur di Pahang (28-30 Jun), Zon Selatan di Johor (25-27 Julai) diikuti Sarawak (27-29 September) dan berakhir di Sabah pada 18 hingga 20 Oktober. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

RMK13: Program MADANI Rakyat Diteruskan, Dengar Sendiri Masalah Rakyat - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad