web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Hadir Taklimat Prapersidangan Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 2:56PM

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan meninggalkan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan jemaah menteri pada sesi perbincangan selama kira-kira tiga jam bermula 9.30 pagi itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika dihubungi berkata, Perdana Menteri dalam taklimat itu menekankan supaya anggota Parlimen menjaga kehadiran dan menjalankan perbahasan dengan beretika.

"Perdana Menteri ingatkan kehadiran, perbahasan mesti baik dan berasas...taklimat lain adalah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

"la berkaitan soalan dan rang undang-undang (RUU) dan Perdana Menteri juga ingatkan jaga korum (di Dewan Rakyat)," katanya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Sarawak.

Titah sulung Sultan Ibrahim selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lepas, bakal menjadi tumpuan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, esok. 

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan pada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Perdana Menteri turut mengingatkan semua Ahli Parlimen untuk terus memainkan peranan semak dan imbang sepanjang sesi Dewan Rakyat.

"(Anwar) turut pesan supaya semua fokus isu-isu kepentingan rakyat dan menyuarakan isu dan permasalahan kawasan," katanya dalam kenyataan hari ini sempena sesi taklimat berkenaan.

Beliau berkata, anggota Parlimen juga telah diminta mengambil bahagian berbahas dengan melaksanakan persiapan rapi. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad