web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JBPM Laksana Penerbangan Operasi Pemindahan Organ Dari Melaka Ke HKL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 1:30PM

Petugas kesihatan membawa organ iaitu jantung yang didermakan, dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan organ jantung yang didermakan seorang pesakit dari Lapangan Terbang Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Udara JBPM Kapten Roslan Aziz, berkata Pusat Sumber Transplan Nasional HKL menerima satu kes pendermaan organ dari Hospital Melaka daripada keluarga pesakit yang disahkan mati otak untuk mendermakan organ tersebut kepada  pesakit yang memerlukan.

"Sebuah helikopter EMARS (Emergency Medical Air Ambulance and Rescue Service) JBPM diatur gerak pada 7.15 pagi dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM,Subang ke Melaka untuk membawa organ tersebut dan kemudian selamat mendarat di HKL pada 8.35 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Roslan yang mengetuai penerbangan itu bersama pembantu juruterbang Ahmad Hafiz Sulaiman dan Kuartermaster Udara Shazmi Ishak turut membawa tiga pegawai perubatan diketuai Pakar Perunding Kardiotorasik dan Vaskular Hospital Melaka Prof Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib.

Beliau berkata, operasi pemindahan organ merupakan operasi kritikal yang memerlukan perancangan rapi dan tersusun selain  perlu  mematuhi  tempoh  jangka masa ditetapkan pasukan perubatan.

"Ini bagi memastikan organ yang dipindahkan dapat digunakan oleh penerima sebaik tiba di hospital dan sebarang kelewatan serta kesilapan boleh memberi kesan kepada status organ tersebut malah boleh mendatangkan risiko semasa pembedahan pemindahan kepada penerima," katanya dalam kenyataan itu. 

Pemindahan organ satu daripada perkhidmatan perubatan yang sering dilaksanakan JBPM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, selain pemindahan pesakit dan bantuan logistik perubatan yang lain. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad