web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPJ Akan Pantau Ketat Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 12:38PM

Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tapak bazar Ramadan di Putrajaya akan dipantau setiap hari oleh pasukan petugas Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi memastikan isu kebersihan dan keselamatan makanan yang terjadi sebelum ini tidak berulang, kata Presiden Datuk Fadlun Mak Ujud.

Beliau berkata, 700 peniaga bazar Ramadan akan diberikan taklimat minggu depan dari segi penyediaan makanan supaya bersih dan selamat.

"Kadang-kadang peniaga sediakan (makanan) petang dan mungkin masa dihidang di luar kawalan. Untuk memastikan (kebersihan) kita sentiasa buat pemantauan dan sekiranya berlaku kita beri ingatan atau hentikan mereka daripada berniaga serta-merta.

"Kita akan pastikan dari segi kualiti penyediaan makanan itu baik," katanya kepada media selepas merasmikan festival pencahayaan edisi khas, Festival Lentera: Sisiran Tasik Putrajaya 2024, di sini malam tadi.

Pada bulan puasa tahun lepas, tular video memaparkan mi berlauk sotong yang dikenali sebagai 'Mee Tonggek' berharga RM30 yang didakwa sudah berulat dan dibeli di bazar Ramadan Presint 3 di sini.

Susulan itu, PPj mengeluarkan notis amaran kepada pengusaha gerai itu dan diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan (KKM). 

Fadlun berkata, tahun ini PPj akan memastikan semua peniaga bazar Ramadan tidak lagi menggunakan plastik untuk membungkus makanan dan akan memperkenalkan penggunaan pembungkusan daripada bahan biodegradasi atau boleh urai, selain menggalakkan pembeli membawa bekas masing-masing.

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 12 Mac ini.

Ditanya tindakan terhadap peniaga yang memberi atau menjual lesen berniaga kepada orang lain, beliau berkata, PPj akan menarik terus lesen tersebut sekiranya peniaga didapati berbuat demikian, namun tindakan itu dilihat dapat dibendung memandangkan setiap peniaga diberikan pas berserta gambar masing-masing.

"Kita akan dapat kesan dari awal kerana kita keluarkan pas yang ada gambar peniaga. Kita tidak beri lesen kepada mana-mana persatuan tetapi kepada individu," katanya.

Fadlun berkata, sebanyak tujuh tapak bazar Ramadan disediakan pihaknya tahun ini iaitu di Presint 9, Presint 11, Presint 14, Presint 16 dan tiga lokasi di Presint 3, selain di Presint 11 yang diuruskan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi memberi peluang kepada warga Putrajaya berniaga.

Sementara itu, beliau berkata, PPj sedang membuat bancian untuk mendapatkan jumlah peniaga yang beroperasi dengan kereta tanpa kebenaran di kawasan sekitar khususnya di Dataran Putra. 

Hasrat PPj katanya, adalah untuk mengumpulkan golongan itu dan memberikan taklimat keselamatan makanan serta meminta mereka mengambil suntikan tifoid agar makanan dan minuman dijual selamat untuk pembeli.

"Kalau semuanya lancar kita akan sediakan tempat khas untuk mereka berniaga dan diberi lesen selepas melalui semua proses.

"Setakat ini tiada aduan (isu kebersihan) tapi kalau boleh mereka ikut peraturan dan mengambil suntikan," katanya dan menambah setakat ini kira-kira 10 peniaga telah dikenal pasti. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar