web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Ada Bidang Kuasa Lantik, Tamat Perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia – KSN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:10AM

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika menghadiri raptai perasmian penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menjelaskan bahawa bidang kuasa untuk melantik dan menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) adalah bawah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).

“Sebenarnya bidang kuasa untuk melantik Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah kuasa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, di bawah Akta 481 iaitu kuasa menteri untuk melantik dan menamatkan perkhidmatannya.

"Kadang-kadang kita perlu beri penjelasan kepada rakyat kerana saya difahamkan isu ini berlaku dan ditularkan, dalam surat pewartaan yang dikeluarkan mengatakan ia di bawah bidang kuasa menteri berkenaan, jadi apa-apa penjelasan adalah daripada menteri terbabit," katanya selepas menghadiri raptai perasmian penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor semalam. 

Mohd Zuki berkata demikian bagi menjawab dakwaan berhubung pemecatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar susulan penularan surat bertarikh 22 Februari berkenaan notis penamatan pelantikannya berkuat kuasa pada Isnin.

Surat berkenaan antara lain memaklumkan penamatan perkhidmatan Ammar itu dilakukan selaras dengan peruntukan subseksyen 10 (1) Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481) yang dibaca bersama dengan peruntukan Seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967(Akta 388).

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menafikan Ammar dipecat daripada jawatan itu, sebaliknya beliau diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah atas faktor kemerosotan prestasi Ammar yang disifatkan beliau sebagai tidak memuaskan, selain tidak mencapai standard ditetapkan walaupun telah beberapa kali dinasihat dan diberikan peluang. 

Sementara itu, Mohd Zuki memaklumkan setakat dua hari berlangsungnya Program MADANI Rakyat Zon Tengah, lebih 55,000 pengunjung telah hadir ke program berkenaan dan menjangkakan lebih ramai akan hadir bagi memeriahkan Konsert Showcase Kita Selangor 2024 yang diadakan malam tadi.

"Terdapat 163 perkhidmatan yang telah dibawa dalam program ini dan kita boleh lihat sehingga petang, walaupun sudah tutup masih ada pengunjung yang masuk ke kawasan ini dan membuktikan perkhidmatan yang dijalankan terlaksana," katanya.

Mohd Zuki berkata, Program MADANI Rakyat yang diadakan di zon tengah ini ialah kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dengan objektif untuk  membawa perkhidmatan kerajaan terus secara langsung kepada rakyat.

Beliau turut berkata program ini akan diteruskan di tempat lain yang telah diputuskan mengikut zon iaitu zon utara di Pulau Pinang, zon selatan di Johor dan zon timur di Pahang.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung selama tiga hari dibuka dari 9 pagi hingga 10malam itu ialah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad