web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Grafik Kawah Laut Pantai Batu Buruk Tidak Tepat, Mengelirukan - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 5:02PM

Orang ramai masih mengunjungi Pantai Batu Buruk walaupun ada kejadian lemas baru-baru ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS  - Grafik kawah laut yang tular di media sosial susulan kes lemas di Pantai Batu Buruk, dekat sini, Isnin lalu, adalah tidak tepat dan berbeza daripada situasi sebenar.

Pensyarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Effi Helmy Ariffin berkata, apa yang berlaku di pantai berkenaan sebaliknya ialah wujudnya beberapa bahagian dasar laut yang dalam dipengaruhi oleh faktor ombak, arus dan fenomena pasang surut.

Beliau berkata keadaan itu berbeza dengan kawah laut atau Seabed Crater yang terhasil disebabkan oleh pelbagai proses termasuk impak dari angkasa, aktiviti gunung berapi, runtuhan dan aliran lumpur dasar laut.

Katanya, dasar laut dalam boleh terjadi di mana-mana kawasan apabila wujudnya beting pasir iaitu pasir atau sedimen yang terbenam atau separa terdedah dibentuk oleh ombak serta arus berhampiran pantal.

"Formasi beting pasir juga berbeza daripada segi saiz iaitu hanya beberapa sentimeter hingga struktur setinggi enam meter. la banyak terbentuk ketika hakisan pantai dan membawa pasir ke dalam laut sehingga terjadinya beting pasir ribut.

"Beting pasir ini boleh kelihatan di kawasan pecahnya ombak iaitu berdekatan garisan pantai. Namun, di Pantai Batu Buruk terdapat kawasan yang ada beting pasir terbentuk dan juga yang tidak mempunyai beting pasir iaitu kawasan lebih dalam," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, tidak dinatikan kawah laut boleh terbentuk oleh pusaran arus air yang kuat tetapi fenomena itu jarang berlaku di Malaysia kerana suhu air laut dan udara adalah tidak terlalu berbeza yang boleh membentuk pusaran seperti puting beliung di darat.

"Kawasan dasar laut yang dalam boleh dilihat dengan jelas ketika air surut dengan pandangan daripada atas.

"Bagaimanapun, keadaan dasar laut akan kembali kepada bentuk asal selepas tamatnya musim tengkujuh iaitu apabila air laut mulai tenang," katanya.

Dalam pada itu, Effi berkata pendidikan ilmu keselamatan di air dalam kalangan orang ramai perlu diberi penekanan dan tidak hanya sekadar meletakkan papan tanda amaran di sekitar kawasan pantai.

Mengambil contoh kes lemas di Pantai Batu Buruk itu, beliau berkata pendedahan masyarakat terhadap ilmu pembentukan arus kurau amat perlu kerana ia sudah meragut banyak nyawa.

"Di luar negara ilmu keselamatan di air sangat dititiberatkan seperti situasi apabila berdepan arus kurau.

"Ilmu kelautan dan keselamatan air perlu dipupuk dari peringkat sekolah lagi. Dengan itu pelajar dapat mengetahui proses dinamik kawasan pantai dan menentukan sama ada pantai itu sesuai untuk mandi-manda atau aktiviti lain," katanya.

Pada 19 Februari lepas, seorang lelaki dari Kuala Lumpur ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika beriadah bersama keluarga di Pantai Batu Buruk. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Alpa, Pentadbir Sekolah Harus Sentiasa Pantau Suhu Harian Cuaca 

2

Semasa 4 tahun yang lalu

KKM Nafi Grafik Tular Denda RM1,500 Jika Tidak ‘Check-Out’ MySejahtera

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad