web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Tentera Maut, Trak Terbalik Cuba Elak Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 8:43PM

Trak tentera yang terbalik dalam kemalangan berkenaan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Seorang anggota tentera maut dalam kemalangan melibatkan sebuah trak tentera pasukan 5 Rejimen Sempadan di Jalan Napoh menuju ke Kampung Langsat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, trak tentera berkapasiti tiga tan tersebut difahamkan dalam perjalanan mengambil catuan basah di 6 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Bukit Cowder di Perlis setelah terlebih dulu mendapatkan catuan kering di Kem Bukit Pinang, Kepala Batas dekat Jitra. 

Individu yang meninggal dunia tersebut difahamkan seorang anggota berpangkat koperal.

Ketika kejadian, trak tersebut dinaiki oleh tujuh anggota tentera.

Antara anggota tentera yang terbabit kemalangan berkenaan. - gambar media sosial
Antara anggota tentera yang terbabit kemalangan berkenaan. - gambar media sosial

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi SUperintenden Chien Chunng Tsaur berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila trak tentera tersebut cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Pemandu trak tersebut cuba mengelak ke kiri namun disebabkan jalan sempit dan bahu jalan tidak berturap, trak tersebut terbabas dan terjatuh ke cerun ladang kelapa sawit.

"Kejadian itu menyebabkan trak tersebut terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas.

“Seorang daripada lima anggota tentera yang berada di belakang trak, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Kejadian tersebut kemalangan maut kedua melibatkan tentera di Kedah pada bulan ini.

Terdahulu pada 4 Februari lalu, tiga anggota tentera maut setelah tiga trak tentera yang berhenti di bahu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Gurun, dirempuh sebuah lori lain dari arah belakang.

Ketiga-tiga trak tentera tersebut dilaporkan berhenti di bahu jalan setelah sebuah daripadanya mengalami kerosakan. – Getaran, 22 Februari 2024

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad