web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Taksub Melampau Terhadap Individu, Kumpulan Tertentu - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 4:01PM

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh atau taksub dengan sesuatu dakwaan yang dibuat seseorang individu atau kumpulan tertentu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ketaksuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat.

Justeru, beliau menyeru semua pihak supaya sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada sikap taksub.

"Ketaksuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat. 

"Sikap taksub akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na'im berkata demkian ketika mengulas laporan media, termasuk oleh sebuah akhbar tempatan bertajuk 'Eksploitasi Nasab Suci Nabi' mengenai wujudnya cubaan untuk mengeksploitasi agama bagi kepentingan diri dan kumpulan tertentu.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan akhbar tersebut.

"Oleh itu, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkaitan apa-apa urusan berkaitan pentauliahan mana-mana pendakwah supaya setiap perkara yang disampaikan adalah selari dengan ajaran Islam," katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan PDRM memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa sebagai warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai 'Mawla Amin', dan mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, seorang mudir sebuah madrasah di Selangor turut dikatakan aktif mempromosikan 'Mawla Amin', didakwa mengutip dana awam secara tidak sah, selain cuba mewujudkan penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya. - Getaran, 22 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 2 tahun yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad