web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ajaran 'The Ahmadi' Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 3:33PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Mohd Na'im berkata, pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.

"Sebagai menteri agama, saya memandang serius terhadap ajaran ini. Saya arahkan semua agensi di bawah saya untuk memantau ajaran di media sosial.

"Sudah tentu pihak kami mahu kandungan seumpama ini diturunkan sebab tidak mahu generasi muda dan pengguna media sosial terpengaruh dengan ajaran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keluarga MADANI di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah bagi menurunkan kandungan ajaran The Ahmadi di media sosial itu telah dibincangkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kalau dibiarkan, ada yang cetek ilmu agama akan mudah kagum apabila individu yang bersiaran secara langsung di media sosial guna perkataan dalam Bahasa Arab. Kita bimbang penonton menyanjung tinggi dan senang terpengaruh.

"Sebab ada dalam kalangan masyarakat kita apabila dengar ada yang guna istilah Bahasa Arab, mereka akan fikir ini 'tok guru'. Ini yang kita tidak mahu tengok ia berlaku dalam masyarakat," katanya.

Tular di media sosial mengenai akaun TikTok dipercayai milik bishop atau ketua ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace yang mempunyai lebih 30,000 pengikut dan mendapat sambutan apabila pemilik akaun itu menggunakan aplikasi TikTok live atau siaran langsung.

Ditanya keperluan menambah penempatan kader (pegawai hal ehwal agama Islam) di MCMC, Mohd Na'im berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk tujuan itu bagi memastikan matlamat utama iaitu membanteras penyebaran ajaran sesat melalui media sosial tercapai.

Mengakui terdapat keperluan untuk menambah jumlah penempatan kader di MCMC, beliau berkata, faktor perkembangan teknologi ketika ini menuntut semua pihak untuk bergerak pantas menangani atau menyelesaikan sebarang situasi termasuk menjaga kesucian agama Islam.

"Kalau dahulu ajaran seumpama ini disebarkan secara fizikal...mudah untuk pihak berkuasa jejak, tetapi sekarang melalui media sosial. Ini cabaran kita tetapi insya-Allah dengan kerjasama mantap dengan MCMC dan PDRM, saya yakin kita mampu untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang bahaya ajaran The Ahmadi ini," katanya.

Pada 21 Julai lalu, Mohd Na'im dilaporkan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menempatkan seorang kader di MCMC, bagi membantu suruhanjaya itu memantau sebarang bentuk hantaran berkaitan ajaran sesat di media sosial. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Guru Wanita Dakwa Diri Imam Mahdi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad