web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bendera Gergasi Sarawak Dikibar Separuh Tiang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 1:14PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi di sini, dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Tinjauan BERNAMA pada jam 9 pagi tadi mendapati bendera yang dipasang pada tiang setinggi 99 meter itu sudah dikibar separuh tiang seperti diarahkan Kerajaan Sarawak hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan rasmi mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian Abdul Taib, 87, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Kerajaan Sarawak juga memaklumkan bendera di seluruh Sarawak akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan.

Dataran Pertiwi yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu telah dilancarkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu 2024 peringkat negeri sebelum ini.

Kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar