web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Usul Undi Tidak Percaya Diterima Setakat Ini – Johari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 9:07AM

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada sesi soal jawab dengan media sempena perjumpaan bersama ketua pengarang media dan agensi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul semalam mengesahkan tiada usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini bagi persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 26 Februari ini.

"Tidak ada apa-apa surat permohonan untuk undi tidak percaya, saya tidak menerima apa-apa pun sama ada dalam bentuk hitam putih, e-mel atau panggilan, maknanya sehingga hari ini tidak ada apa yang akan berlaku kerana saya tidak menerima apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab dengan media sempena perjumpaan bersama ketua pengarang media dan agensi, berkaitan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Parlimen, di sini semalam.

Mengenai perjalanan persidangan, Johari berkata pihaknya akan memastikan mesyuarat kali ini berlangsung sebaiknya supaya darjat Parlimen diangkat sebagai tempat mulia dalam menggubal undang-undang negara.

Justeru beliau mengingatkan Ahli Parlimen untuk berbahas secara berhemah, berfakta, tidak beremosi dan saling menghormati bagi menjaga kedudukan istimewa Parlimen. 

“Saya dah bincang dengan timbalan-timbalan saya, supaya pada kali ini kami akan mematuhi Peraturan Mesyuarat dengan bersungguh-sungguh, kami akan memberi perhatian serius terhadap Ahli Parlimen yang tak mengikut Peraturan Mesyuarat seperti yang termaktub.

“Kerana waktu setahun berbulan madu sudah berakhir, sekarang adalah masa untuk berbincang secara serius untuk pelaksanaan...saya akan menyampaikan dengan panjang lebar pemasyhuran, maklumat dan garis panduan pada hari pertama, perkara yang patut dan tidak patut dilakukan dan kami akan mematuhi perkara yang patut dan tidak patut dilakukan supaya masyarakat akan lihat kita lebih serius dalam mengendalikan Parlimen," katanya.

Selain itu Johari berkata, beliau menantikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mempunyai visi tersendiri untuk negara sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda.

"Sudah tentu banyak keterujaan, terutamanya kami semua, di Parlimen untuk menghayati apakah titah Tuanku dan yang paling penting sekali bagaimana kita melaksanakan harapan Tuanku," katanya.

Dalam pada itu Johari berkata, Parlimen kini ke arah penggunaan tenaga boleh dibaharui dan bakal beroperasi menggunakan sistem suria pada Jun ini. 

Katanya, tender pemasangan sistem suria itu telah dilaksanakan dan Jabatan Kerja Raya sedang menguruskan pemasangan sistem tersebut bagi membolehkan ia direalisasikan sepenuhnya tahun ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad