web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mutang Tagal Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara Ke-20

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 4:57PM

Datuk Mutang Tagal ketika mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 hari ini.

Pelantikan itu sekali gus menjadikan Mutang yang berasal dari Lawas, Sarawak, mencipta sejarah tersendiri, menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Mutang menggantikan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan, susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lepas.

Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20, menggantikan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - gambar BERNAMA
Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20, menggantikan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - gambar BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan nama Mutang, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Khas Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara hari ini.

"Beliau merupakan anak jati negeri Sarawak berasal daripada etnik Lun Bawang. Ini adalah satu pelantikan bersejarah dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mengiktiraf dan memastikan suara, pandangan dan perwakilan daripada semua kalangan rakyat, termasuk orang Ulu di Parlimen.

"Beliau adalah seorang pengamal undang-undang dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat selama dua penggal. Sesungguhnya beliau mempunyai pengalaman yang amat luas," katanya. 

Cadangan itu disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Terdahulu, Mutang yang memiliki latar belakang sebagai seorang pengamal undang-undang dan kini aktif dalam perniagaan, mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mutang, 69, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, memiliki Master of Business Administration (MBA) dari Curtin University dan kini menjawat beberapa jawatan, antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI).

Beliau juga Penasihat Undang-undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden, Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Sementara itu, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Mutang sebagai Ahli Dewan Negara adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Februari 2024 sehingga 14 Februari 2027.

Menurut kenyataan itu, lantikan beliau merupakan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad