web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Minta MAIWP Selaras Bantuan Zakat Bersama Agensi Lain

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 2:35PM

Perdana Menteri, datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Karnival MAIWP 2024 di Taman Tasik Titiwangsa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu menyelaras penyampaian bantuan zakat bersama agensi lain bagi memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan, mendapat manfaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi contoh sekiranya tiada penyelarasan, akan ada keluarga mendapat beberapa kali bantuan sedangkan ada keluarga lain langsung tidak dibantu.

"Antara tugas MAIWP supaya ada penyelarasan dengan agensi lain, kalau tidak ada satu keluarga dapat empat kali (bantuan), satu keluarga (pula) tak dapat langsung... jadi saya harap ini diurus dengan baik.

"Kerja menteri, timbalan menteri, pengerusi, bukan sekadar meneruskan kegiatan ini, sebaliknya memastikan setiap dana dan setiap sen rakyat kembali kepada rakyat, dan tak boleh diperalat untuk kesenangan peribadi," katanya ketika merasmikan Karnival MAIWP 2024 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Anwar juga mahu MAIWP menjalankan tatakelola yang baik dan menghentikan segala perbelanjaan yang tidak perlu, bagi memastikan agensi itu menjadi mercu tanda kebanggaan ummah.

Bagi meningkatkan lagi prestasi agensi itu dan mengenal pasti sebarang kelemahan dalam pengurusan zakat, Perdana Menteri memberi tempoh sebulan kepada MAIWP untuk mengemukakan laporan terperinci serta cadangan langkah baharu.

Anwar berkata perkara itu sekali gus boleh menjadi teladan  kepada agensi di negeri lain.

"Tanggungjawab kita (sebagai) generasi penerus ialah memastikan urusan zakat dikendali dengan cermat, sebab itu saya katakan di Pulau Pinang (sebelum ini), bagaimana mungkin kita terima kenyataan, kita kutip begitu banyak wang zakat tetapi masih ada kelompok termiskin yang tak cukup makan, yang tak dapat sediakan uniform anak sekolah, masih tidak diurus.

"Jadi saya berterima kasih kepada MAIWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana membantu proses pelaksanaan zakat dengan baik bersama agensi lain," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad