web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Van Halang Ambulans Dikenakan Tindakan – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 10:54AM

Tangkap layar van yang menghalang ambulans di sebuah lebuh raya. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang tidak memberikan laluan kepada sebuah ambulans di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini pagi semalam, telah dikenakan tindakan saman.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat pada 3.30 petang semalam menerusi media sosial yang memaparkan pemandu van jenis Toyota Hiace menghalang laluan ambulans.

"Van berwarna putih itu dilihat tidak mengendahkan untuk memberikan laluan walaupun siren telah dibunyikan serta lampu mata arah telah dinyalakan, hingga ambulans itu terpaksa memotong di lorong kiri.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah mengesan pemandu berkenaan dan telah mengenakan tindakan saman RM300 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 9(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 kerana tidak memberikan laluan kepada kenderaan polis/ambulans/bomba/penjara/kastam/Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lelaki berusia 38 tahun itu turut disiasat mengikut Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu vokasional (GDL) manakala semakan juga mendapati dia mempunyai tujuh saman kesalahan trafik. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad