web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Pertimbang Sedia Kawasan Khas Merokok Bagi Premis Makanan Di Kawasan Sempit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 8:37AM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memasang pelekat larangan merokok pada satu premis makanan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.

"Kementerian Kesihatan mengambil pertimbangan hal ini, kita sedia maklum kalau tiga meter jarak (merokok) dari premis makanan, sudah hampir dengan premis lain.

"Kami pasti akan mempertimbang keperluan mengadakan tempat tertentu seperti negara maju lain iaitu Singapura, Jepun dan Hong Kong di mana mereka punya tempat yang diizinkan untuk merokok," katanya kepada pemberita pada Sesi Perjumpaan Meja Bulat sempena Program Tinjauan Mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu bukanlah satu langkah mengundur ke belakang sebaliknya bagi memastikan larangan merokok pada jarak tiga meter dari premis makanan dipatuhi.

“Kami akan ambil pertimbangan yang serius supaya kawasan sempit seperti di Jalan Alor, Bukit Bintang ada tempat khas untuk perokok," katanya.

Dr Dzulkefly juga berkata, Jalan Alor akan dijadikan sebagai model peranan bagi Kuala Lumpur Street Food yang mematuhi tahap kebersihan serta larangan merokok di premis makanan dan kawasan penjaja.

Beliau berkata justeru itu, program tinjauan mesra yang buat julung kalinya diadakan telah memilih Jalan Alor, satu pusat tarikan pelancong, dalam usaha memberi kefahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terhadap usaha ini.

"Malam ini kita ambil langkah dekati pemilik untuk memastikan agenda kempen premis BeBAs dapat dijayakan.

"Sepanjang tinjauan mesra tadi juga, tiga premis telah mendapat pengiktirafan premis 'Bersih dan Selamat' (BeSS)... program ini sudah pasti akan diperluas ke tempat lain seperti Putrajaya, Ipoh dan Pulau Pinang berlandaskan apa yang ada di Jalan Alor," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar