web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bapa, Bayi Perempuan Maut Dalam Kemalangan Di Ipoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 9:29PM

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan maut berhampiran Klebang Restu pagi tadi. - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang bapa dan bayi perempuannya berusia 11 bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Klebang Restu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan, berkata kemalangan kira-kira pukul 7.21 pagi itu menyebabkan lelaki berusia lingkungan 20 tahun yang memandu Proton Saga maut di lokasi kejadian manakala anaknya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada Proton Saga yang dipandu mangsa telah keluar simpang untuk melintas jalan sebelum dirempuh oleh sebuah kereta Mercedes Benz yang datang dari arah Sungai Siput menghala ke Ipoh.

"Kemalangan itu telah mengakibatkan Proton Saga tersebut terbabas sehingga merempuh sebuah lagi kereta iaitu Perodua Alza yang berada di susur kiri jalan dari arah Klebang Restu," katanya dalam kenyataan malam ini.

Yahaya berkata, bagaimanapun dua pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Shahrul Rizwan Wan Ali di talian 013-6218531 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad