web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurusolek Malaysia Brriyan John Menyinar Di Pentas Global

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 8:51PM

Brriyan John. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berbekalkan latar belakang dalam bidang seni solekan, Brriyan John, jurusolek Malaysia yang berbakat, telah mengukir nama di pentas global, sekaligus meraih keistimewaan bekerja di belakang pentas dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa.

Berasal dari Skudai, Johor Bahru, Brriyan, 30, melakar nama dalam kerjayanya apabila diberi kepercayaan menata rias wajah Mrs Malaysia Word 2023 P. Vanishaantini, 27, pada pertandingan berprestij Mrs World Pageant 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat, bulan lepas.

"Lebih mengujakan bukan sahaja sebagai jurusolek Mrs Malaysia World tetapi juga ditugaskan sebagai penata gayanya, dengan dua penampilan tersendiri setiap hari selama lapan hani. Tugasan rumit itu mengambil masa hampir dua bulan dengan penata busana perlu lebih teliti untuk menghasilkan ciptaan mereka dari awal," katanya dalam temu bual eksklusif di Wisma Bernama baru-baru ini.

Selain itu, Brriyan turut menerima tawaran daripada bekas Mrs World Sargam Koushal dari India, yang telah mengukuhkan lagi kehadirannya di pentas antarabangsa.

Pengalamannya sebagai jurusolek untuk filem Tamil di Malaysia terutamanya filem "Ennaval" yang diterbitkan pada 2019 telah membentuk karektor serba bolehnya untuk persekitaran yang pantas.

Kesempatan menjalin kerjasama dengan artis India tempatan seperti C. Kumaresan dan Sangeeta Krishnasamy telah mempertajam lagi kemahirannya.

Brriyan berkata antara pengalaman paling mencabar ketika mengendalikan pertandingan ratu cantik itu ketika membawa kostum wau bulan terbesar ke Las Vegas dan memasangnya di sana, yang telah memenangi anugerah bagi kategori Most Original Costume.

"Kami menghadapi masalah dengan imigresen di sana apabila kami terpaksa membawa pulang busana itu ke Malaysia, leraikan dalam kepingan kecil untuk memastikan ia dapat dibawa semula ke Las Vegas dan memasangnya di sana kerana mereka tidak membenarkan ia dibawavdalam saiz pakaian sebelumnya," katanya.

Larangan itu telah menyebabkan Brriyan dan keluarga Vanishaantini, berjaga sepanjang malam untuk memasang semula kostum itu.

Selain itu, sepanjang pengalamannya di Las Vegas, pemuda itu berkata, golongan mekap artis (MUA) tempatan harus diberi lebih banyak penghargaan untuk seni yang mereka hasilkan berdasarkan layanan dan perhatian yang diperolehnya semasa pertandingan ratu cantik antarabangsa itu.

Memandang ke hadapan, Brriyan berharap dapat berkongsi kepakarannya untuk membuka kelas solekan antarabangsa, memasang impian untuk memartabatkan seni itu secara global.

Beliau juga teruja untuk terbabit dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa yang lain untuk mengembangkan repertoire dan kemahirannya.

Mengimbau kembali permulaannya yang bersikap rendah diri dan kurang yakin, Brriyan menekankan kuasa transformatif kerja keras dan semangat untuk meningkatkan diri.

Menggalakkan rakan-rakannya untuk mempelbagaikan kemahiran mereka di luar solekan pengantin, Brriyan menyokong pengkhususan seni solekan dalam kesan khas, filem dan solek editorial untuk meningkatkan daya saing dan daya maju dalam industri.

Beralih daripada latar belakang fisioterapi untuk menggapai minatnya yang sebenar, portfolio Brriyan menawarkan kerjasama dengan selebriti Tamil dan Melayu tempatan serta pelakon India terkenal termasuk Sonia Agarwal, Ineya dan Mahima Nambiar, menandakan pencapaian luar biasa dalam bidang seni solek. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar