Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penuntut IPT Tidak Mengaku Salah Sumbang Mahram Dengan Adik Kandung

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 1:05PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya pada 2021.

Lelaki yang berumur 22 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan adik bongsunya yang berusia 12 tahun lapan bulan ketika kejadian, di sebuah rumah di Sikamat pada Januari dan Mac 2021, yang perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai kepada tertuduh untuk berkahwin dengan mangsa.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu turut dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang daripada dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh memohon supaya tiada jaminan ditawarkan kepada penuntut berkenaan memandangkan hubungan mangsa dengan tertuduh adalah adik-beradik, selain tinggal di alamat yang sama.

Peguam mewakili lelaki terbabit, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris meminta jaminan paling rendah dikenakan, memandangkan tertuduh yang juga anak keempat daripada lima beradik itu sedang mengikuti pengajian diploma dan akan memulakan latihan industri.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali serta tinggal di tempat berasingan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mac ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbang Mahram Dengan Anak Tiri - Peniaga Warung Dipenjara 15 Tahun, 19 Sebatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rogol Dan Sumbang Mahram Kelantan Meningkat 6 Peratus - Shafien

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 9 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Politik 1 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad