web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Rasmi Prapeluncuran KEB 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 3:28PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) merasmikan Majlis Prapeluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir kedua- dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kanan), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron (kanan). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Prapeluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

KEB 2024 dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan menteri-menteri Kabinet yang lain.

Terdahulu, Perdana Menteri diperkenalkan dengan animasi Mechamato dihasilkan oleh ikon usahawan bumiputera yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Turut diperkenalkan kepada Anwar pada majlis itu ialah logo, tema serta laman mikro Pertandingan Esei dan Pertandingan Pandangan Terbaik yang diadakan bermula hari ini hingga 31 Mac bagi membolehkan orang awam mengemukakan pandangan atau esei.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh urus setia KEB hari ini, kongres itu bertujuan mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.

"Di samping itu, ia akan turut mencadangkan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam membuat penilaian mengenai pembangunan bumiputera termasuk tahap penyertaan dan kawalan ekonomi bumiputera," menurut kenyataan itu.

Bertemakan 'Positif, Progresif, Inovatif', KEB 2024ialah landasan penting dalam mencari jalan lebih serius bagi memperkasakan ekonomi bumiputera khususnya dalam aspek teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang. – BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran