web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jho Low Dapatkan Tandatangan Najib, Saya Tunggu Di Luar Pintu Rumah Najib - Jasmine Loo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 3:07PM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (IMDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak pernah memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini, untuk menyerahkan dokumen berkaitan syarikat itu, sebaliknya menyerahkan dokumen berkenaan kepada ahli peniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk ditandatangani Najib

Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

"Ada satu kali, Jho Low keluar dari rumah Najib dan mengambil dokumen daripada saya. Saya tidak masuk rumah Najib, saya hanya menunggu di pintu kediaman Najib," kata saksi pendakwaan ke-50 itu.

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya setebal 63 muka surat, Loo berkata pada 2012 dan 2013, dokumen yang disediakannya berhubung pelaburan akan dicetak dan dimasukkan ke dalam sebuah folder plastik, sebelum diserahkan sendiri kepada Jho Low di mana-mana tempat yang diarahkan olehnya termasuk di pintu kediaman Najib.

"Sekiranya tidak, saya akan memberi plastic folder tersebut kepada mana-mana individu yang diarahkan oleh Jho Low dan individu itu akan menyerahkannya kepada Jho Low untuk memperoleh tandatangan Najib.

"Selepas Jho Low memperoleh tandatangan Najib, Jho Low akan menyerahkan dokumen kepada saya sendiri atau kepada mana-mana individu untuk diberikan kepada saya.

“Sekiranya ia tidak serahkan kepada saya, Jho Low akan menghantar pesanan kepada saya melalui Blackberry Messenger untuk memastikan dokumen ini diserahkan kepada pejabat 1MDB untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Loo memberitahu mahkamah bahawa sepanjang berkhidmat di 1MDB, beliau cuma berjumpa dengan Najib dalam apa-apa acara atau mesyuarat berkaitan 1MDB secara beramai-ramai bersama pengurusan 1MDB, dan beliau tidak pernah bersemuka secara bersendirian atau terus dengan Najib untuk apa-apa urusan berkaitan syarikat.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah sedang berlangsung. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad