web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perubahan Portfolio Exco Pahang Diumum Hari Ini – MB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 8:33AM

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perubahan portfolio melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang akan diumumkan hari ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, perubahan itu akan dilaksanakan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

"Sikit saja, tak ramai (perubahan portfolio)… ada sikit perubahan untuk tambah baik, kemaskan pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih berkesan...esok (hari ini) saya akan buat pengumuman," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan yang berlangsung di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini semalam.

Dalam istiadat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.

Sementara itu, Amizar, 50, berkata pelantikan itu mengejutkannya kerana hanya dimaklumkan mengenai majlis tersebut pada 1 tengah hari semalam, justeru beliau menzahirkan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah dan berterima kasih kepada Wan Rosdy yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.

Beliau berkata, amanah itu akan dijalankan sebaik mungkin termasuk dalam isu membantu golongan asnaf dan membasmi kemiskinan yang menjadi keutamaan pelbagai pihak.

"Saya akan bersama-sama Menteri Besar untuk perkasakan dan mantapkan lagi agenda pentadbiran kerajaan negeri untuk membantu rakyat," katanya.

Amizar, 50, yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 7 Oktober lepas, dengan majoriti 2,949 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Datuk Seri Johari Harun maut dalam insiden pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad