web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesawat Dilihat Terbang 'Tidak Betul', Jatuh Menjunam - Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 8:05PM

Peniaga buah,Sufian Hadi Abas. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAPAR - Seorang penduduk di Kampung Tok Muda di sini, di kawasan sekitar tempat kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas tengah hari tadi berkata, beliau melihat pesawat itu terbang dalam keadaan 'tidak betul' di udara sebelum terhempas.

Jinaidi Nasiran, 55, berkata, ketika itu beliau sedang menukar tayar kereta di kawasan rumahnya, yang bertentangan dengan lokasi kejadian.

"Pesawat itu menjunam laju, jatuh dalam pukul 1.30 petang... saya terus ke lokasi terhempas, saya lihat pesawat itu sudah berkecai dan sedikit tertanam di dalam tanah.

"Saya cuba juga tengok jika ada mangsa, tapi tidak kelihatan," katanya ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu, seorang peniaga Siti Zubaidah Salin, 60, yang tinggal kira-kira 150 meter dari kawasan kejadian berkata, semasa kejadian beliau terdengar dentuman kuat dan merasa gegaran, yang pada mulanya disangkakan gempa bumi.

"Mak cik sedang berehat dalam rumah, baru balik meniaga, tiba-tiba rasa macam gempa bumi. Mak cik keluar ke rumah tengok kalau jadi apa-apa (susulan) tapi tiada apa berlaku, tiba-tiba dengar orang bising.. pesawat terhempas," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga buah Sufian Hadi Abas, 45, berkata, beliau mendengar satu letupan kuat dan nampak jelas serpihan- serpihan pesawat berterbangan bersepah semasa kejadian.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan awal petang ini mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel itu terhempas di Kapar, Selangor hari ini. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Saksi Kes Bekas Seorang Setiausaha Politik Didakwa Beri Keterangan Bercanggah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dibentang Di Dewan Rakyat

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad