web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dibentang Di Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 3:41PM

Azalina Othman Said - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak, dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 antara lain menetapkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan melibatkan persembahan seksual kanak-kanak.

Antara kesalahan itu termasuk membuatkan atau menyebabkan kanak-kanak melakukan persembahan seksual; turut serta, sama ada sebagai peserta atau penonton dalam persembahan seksual; mengiklankan, mempromosikan atau memudahkan persembahan seksual; serta menerima apa-apa manfaat, termasuk kewangan daripada persembahan seksual tersebut.

Menurut rang undang-undang itu, ‘persembahan seksual’ bermaksud apa-apa perlakuan seksual secara terang-terangan yang dipersembahkan di hadapan seorang penonton atau lebih, termasuk yang dirakam atau dihantar keseluruhannya atau sebahagiannya, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau gabungan apa-apa cara.

Selain itu bagi perkara melibatkan pemerasan seksual kanak-kanak seperti mengugut melakukan aktiviti bersifat seksual, mengugut mereka untuk berkongsi apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis, individu berkenaan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun jika disabitkan.

Rang undang-undang itu turut menyatakan perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak yang mana jumlah wang ditetapkan oleh mahkamah berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa.

Selain itu Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, yang bertujuan menambah baik perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur saksi kanak-kanak daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

Ia bertujuan memasukkan peruntukan yang membolehkan mahkamah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas seperti yang bersifat memperdayakan atau mengelirukan, menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu.

Menurut rang undang-undang itu, seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya.

Azalina memaklumkan bacaan kali kedua untuk Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 juga diadakan pada mesyuarat kali ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad