web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendawaian Elektrik Dipercayai Punca Kebakaran Di Flat Sri Sabah – Bomba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 12:11PM

Unit Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan di tempat kejadian. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras pada malam Ahad lepas, dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kebakaran bermula di unit nombor tiga selain turut menafikan dakwaan bahawa ia berpunca daripada bunga api.

"Siasatan forensik kita mengesahkan kebakaran tersebut dipercayai disebabkan punca elektrik, dan ia tertumpu kepada kotak agihan (DB).

"Kita percaya 90 peratus ia adalah punca kebakaran dan 10 peratus lagi kita sedang mengesahkan dari segi ujian teknikal bahawa itu adalah punca utama.

"Makna ia bermula di situ dan merebak ke unit-unit lain...ia merebak ke unit kedua dan keenam," katanya pada sidang media di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sri Cheras di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70, flat berkenaan musnah dalam kebakaran dengan tiada kematian dilaporkan.

Beliau juga berkata, dakwaan bahawa pili bomba tidak boleh digunakan adalah tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa alat bantu mula atau hose reel di bangunan berkenaan yang tidak berfungsi.

Susulan itu, Muhammad Salleh berkata, pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi tujuan pemeriksaan menyeluruh di flat-flat kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tindakan segera bagi mengelakkan isu berkenaan berulang.

"Kita akan buat segera. Kita akan buat siasatan dan cadangan yang perlu untuk pertingkat dan baiki sistem-sistem yang ada di bangunan seperti ini," katanya.

Beliau berkata, jumlah kerugian masih dalam peringkat siasatan dan akan dimaklumkan kelak. -BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad