web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ingatkan Bau Mercun, Rupanya Hidu Asap Rumah Jiran Terbakar – Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 10:55AM

Kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri sabah malam tadi memusnahkan lima unit kediaman. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang mangsa kebakaran Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, tidak menyangka bau asap semasa sedang berehat di rumahnya di tingkat 17, rupanya datang daripada rumah jiran yang sedang terbakar.

Loo Choon Ming, 39, yang menetap di rumah itu sejak kecil berkata ketika kejadian dia berada di ruang tamu sedang menonton televisyen bersama ibunya berumur 62 tahun selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama rakan dan saudara-mara.

"Saya sedang menonton televisyen apabila tiba-tiba terhidu bau asap. Pada mulanya saya tidak mengendahkannya kerana menyangkakan bau asap bunga api.

'Namun, apabila bau itu kuat menyebabkan saya terdetik hati untuk menjenguk keluar dan terkejut apabila mendapati rumah jiran sedang terbakar," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Melihat keadaan itu, dia bersama rakannya berusaha untuk memadamkan kebakaran hampir 20 minit, namun tidak berjaya menyebabkannya bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan ibunya yang sudah tua, tanpa sempat mengambil barangan lain.

Paling dikesalkan apabila pili bomba yang disediakan di setiap aras flat berkenaan tidak berfungsi menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

Sementara itu, seorang lagi saksi kejadian Rohani Hamzah, 60, mendakwa dia melihat cahaya terang pada bahagian dapur unit tengah diikuti bunyi letupan kemudiannya merebak ke rumah di kiri dan kanan tingkat sama.

Dia yang menetap di blok berkenaan sejak 2012 itu berkata ia kemudian diikuti dengan lebih banyak bunyi letupan dipercayai daripada tong gas.

S. Vijayaletchumi, 34, berkata dia mula menyedari berlaku kebakaran bermula dari sebuah unit sebelum merebak ke unit lain pada 8.45 malam.

Katanya, bomba mula tiba ke lokasi 10 minit selepas kejadian disedari namun tidak dapat memasuki blok berkenaan akibat terhalang dengan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar