web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 2 Pengasuh Disyaki Dera, Abai Kanak-kanak Di Taska

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 8:48PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kedua-duanya yang berusia 22 tahun ditahan pada 29 Januari lepas, susulan polis menerima laporan daripada seorang wanita pada 27 Januari lepas yang menemukan kesan lebam pada dahi bayi perempuannya berusia 11 bulan semasa mengambilnya dari taska berkenaan, namun tidak pasti puncanya.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup di taska itu mendapati mangsa (bayi perempuan) telah terjatuh dari kerusi bayi.

"Ibunya memaklumkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menghantar beberapa video memaparkan perbuatan disyaki penderaan dan pengabaian terhadap mangsa oleh pengasuh di taska itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke taska itu sejak Ogos 2023 manakala hasil pemeriksaan fizikal di Hospital Kajang mengesahkan mangsa mengalami kecederaan 'soft tissue injury over frontaľ (kecederaan tisu lembut pada bahagian hadapan kepala).

Mohd Zaid berkata kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah diberi jamin setelah keterangan diambil.

Siasatan, katanya, dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Faeez Norzah menerusi talian 013-2773407. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad