web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Pelancong Turkiye Ke Malaysia Pada 2023 Meningkat 10.8 Peratus Berbanding 2019

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 8:41PM

Ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Istanbul Sabiha Gocken International Airport Turkiye disambut dengan siraman air. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Roslan Abdul Rahman, berkata peningkatan itu mencerminkan kejayaan kempen mempromosi Malaysia sebagai destinasi yang menarik kepada pelancong asing.

"Angka ini menunjukkan suatu peningkatan yang baik. Saya kongsi perbandingan dengan 2019 kerana ia adalah tahun sebelum pandemik COVID-19. Data 2023 kita belum analisis dan bentang kepada Kabinet.

"Insya-Allah untuk 2024, kita harap dapat atasi jumlah tersebut dengan adanya pelbagai kempen promosi Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir bersama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bagi menyambut ketibaan penerbangan sulung Batik Air bagi laluan Kuala Lumpur-Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, ketibaan pesawat Batik Air disambut dengan semburan air ketika ia bergerak memasuki hangar sebagai simbolik penerbangan sulung bagi laluan tersebut manakala paluan gong dan lagaan simbal mengiringi gerakan akrobatik tarian singa dimainkan ketika penumpang memasuki balai ketibaan.

Kira-kira 90 pelancong yang menaiki pesawat itu disambut oleh Tiong dan diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

"Kita raikan ketibaan pelancong dengan 'goodies bag' dan bagi penghormatan kepada kapten bersama krunya untuk gaul Yee Sang sebagai simbol persahabatan dan sambutan Tahun Baharu Cina serta tanda terima kasih kerana membawa penumpang ke sini," katanya.

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Batik Air telah terpilih sebagai pengendali bagi laluan KUL-ISG susulan komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak 200 juta pound Britain di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).

Malaysia dan Turkiye menjalinkan hubungan diplomatik selama enam dekad sejak 1964. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad