web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program MADANI Rakyat Zon Tengah Di Kuala Selangor 23 Hingga 25 Februari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 4:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program MADANI Rakyat Zon Tengah akan diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor selama tiga hari bermula 23 Februari ini.

Sekretariat Program MADANI Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan program bertujuan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

"Program MADANI Rakyat wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian-kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi peringkat negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan.

"la juga mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekaligus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI," menurut kenyatan itu.

Menurut Sekretariat Program MADANl Rakyat, program tersebut memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta program kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, program tersebut turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta.

Turut diadakan ialah Jualan Agro dan Mega MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset-aset kerajaan sepanjang program berlangsung.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari ini yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajean Persekutuan dan negeri.

Program MADANI Rakyat adalah kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan MADAN yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lepas.

"Orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari ini bermula 9 pagi hingga 10 malam," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran