web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ribuan Raikan Kehadiran PM Di Jonker Walk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 7:01PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat Jonker Walk petang ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ribuan rakyat Melaka daripada pelbagai lapisan usia tidak melepaskan peluang bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau mengadakan lawatan ke Jonker Walk di sini, petang ini.

Semasa sesi pertemuan bersama rakyat termasuk pelancong asing yang berlangsung kira-kira 20 minit itu, Anwar diraikan dengan persembahan naga yang telah mencipta nama dalam Malaysia Book Of Record baru-baru ini, sebagai naga terpanjang.

Naga sepanjang 179.2 meter dengan berat bahagian kepala 60 kilogram itu diarak oleh 180 individu.

Sebagai simbolik meraikan kehadirannya di Jonker Walk, Anwar menekan butang yang mengeluarkan semburan air pada replika naga gergasi yang dibina sebagai maskot sambutan Tahun Baharu Cina, di Tugu Memorial Persahabatan Melaka dan China.

Turut mengiringi beliau adalah Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan kepimpinan negeri serta pegawai dari pelbagai agensi dan jabatan negeri dan Persekutuan.

Kehadiran Anwar di Jonker Street itu juga adalah sebagai meraikan Tahun Melawat Melaka 2024 dan menyerikan sambutan Tahun Baharu Cina. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad