web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahayakan Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang, Suami Isteri Didenda RM2,500

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 4:53PM

Kedua-dua suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda sepasang suami isteri RM2,500 setiap seorang, kerana menakutkan dua individu dengan melibas seutas tali ke arah mereka di Jambatan Pulau Pinang seperti dalam video tular di media sosial.

Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50, dan isterinya Ong Ser Ting, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, yang turut memerintahkan mereka dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mereka didakwa bersama-sama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul Mat Zain dan Mohd Syadid Sulaiman, di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah Pulau ke Perai pada 5 petang, 5 Februari lepas.

Pertuduhan dikemukakan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syakila Dahari, manakala kedua-dua tertuduh yang merupakan peniaga mi, tidak diwakili peguam.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris berkata penunggang dan pembonceng sebuah motosikal yang didakwa mengganggu penunggang lain di Jambatan Pulau Pinang arah Seberang Perai telah diberkas, susulan satu video yang tular di media sosial yang memaparkan tindakan pasangan berkenaan yang menakutkan beberapa penunggang.

Video tular yang dimuat naik di akaun Facebook Faizul Jojoe itu, memaparkan pembonceng wanita membaling sesuatu objek dipercayai pasir, melibas seutas tali berwarna hitam dan cuba menendang penunggang motosikal yang ingin memotong motosikal dinaikinya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad