web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 45 Item Bunga Api Diluluskan Untuk Jualan - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 4:13PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan hanya 45 item bunga api yang telah diluluskan untuk dijual sejak 2018 dengan mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan.

Setiausaha PDRM DCP Alzafny Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata jualan umum bunga api hanya dibenarkan bagi perayaan Aidilfitri/Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan Keamatan.

Beliau berkata, antara 45 bunga api berkenaan adalah pop-pop, Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Sunset Bar, Happy Boom Glories dan Happy Boom Flower Silver Cracking Rain (20 shot) bagi kategori jualan umum.

Sembilan item bunga api dalam kategori bersyarat dan tidak boleh diniagakan oleh umum kecuali ejen berlesen antaranya adalah Happy Boom Red Cracker (lapan inci), Happy Boom Red Cracker (Cake) dan Happy Boom Celebration Red Fire Cracker.

Selain itu, Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (satu inci 49 Shot), Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (1.5 inci 138 Shot), Happy Boom Shoot Cake (satu inci 16 Shot), Happy Boom Shoot Cake (satu inci 36 Shot) serta Happy Boom Tikus 50 (50 missile).

"Penjualan bunga api secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan menjadi kesalahan bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Masyarakat juga diingatkan agar tidak bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang boleh mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum," katanya.

Alzafny berkata, sekiranya ingkar, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) atau Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.

“PDRM menasihatkan orang ramai agar bermain bunga api di kawasan yang lapang supaya tidak. mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat," katanya.

Menurutnya, masyarakat juga diseru agar lebih bertanggungjawab dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan serta sentiasa berwaspada semasa bermain bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad