web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kakak Sulung CEO Cradle Fund Reda Keputusan Mahkamah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 8:16AM

Ahli keluarga kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan meninggalkan pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kakak sulung kepada Nazrin Hassan reda dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund itu, enam tahun lalu.

"Kami terima semuanya sebagai ketentuan Allah dan kami terima dengan reda...doakan kami kuat. Kami sedih adik kami mati tetapi pada masa sama, kami tidak mahu Samirah disabitkan," kata Che Elainee Che Hassan, 67, dalam nada sebak dan menangis ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepaskan dan membebaskan Samirah dan dua lagi remaja daripada pertuduhan membunuh.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah dan dua remaja itu berkata, sejak kes itu dipertuduhkan pada 2018, anak guamnya berada dalam keadaan sangat tertekan.

"Samirah amat tertekan...dari siasatan dan kemudian dituduh. Dengan keputusan hari ini, beliau (Samirah) amat-amat gembira sebab bukan sahaja menang kes seperti di Mahkamah Tinggi (lepas dan bebas).

Ini adalah satu kemalangan, bukan satu kebakaran yang disengajakan dan bukanlah pembunuhan," kata peguam itu.

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 49, dan dua lagi remaja masing-masing kini berusia 21 dan 18 daripada pertuduhan membunuh Nazrin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga- tiga mereka.

Ketiga-tiga mereka dan seorang wanita rakyat Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas didakwa membunuh Nazrin, 45, di kediamannya di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi, hari berikutnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes Bunuh Cradle Fund: Tolak Menolak, Kekecohan Antara Jurugambar Dan Peguam

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Keputusan Kes Bunuh CEO Cradle Fund Pada 21 Jun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran