web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Dapat Pasport Hadir Pembukaan Restoran Rakan Di Bangkok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 4:29PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara untuk ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri acara pembukaan restoran masakan Thai milik rakannya, pada 15 Februari ini.

Hakim Azura Alwi yang memutuskan demikian membenarkan pasport dipulangkan sementara kepada bekas perdana menteri itu bermula hari ini hingga 23 Februari.

Azura berkata mahkamah mendapati walaupun pemohon dikenakan sekatan, jaminan dan syarat jaminan tetapi tidak wajar dihalang daripada menjalani kehidupan dan tanggungjawabnya seperti biasa selagi mana beliau tidak disabitkan dan didapati bersalah bagi pertuduhan yang dihadapinya.

"Mahkamah juga mendapati tiada bukti pemohon mempunyai risiko untuk melarikan diri," katanya pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat dan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin.

Menurut Azura, mahkamah bersetuju bahawa tujuan utama jaminan diberikan adalah untuk memastikan kehadiran Muhyiddin ke mahkamah bagi menjawab pertuduhan ke atas dirinya dan antara tujuan pasport diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan adalah untuk mengenakan sekatan pergerakan ke atas pemohon sehingga kes terhadapnya dilupuskan.

"Walaupun mahkamah bersetuju alasan perjalanan pemohon bukan satu keperluan mendesak, mahkamah mempunyai budi bicara yang luas dan boleh digunakan setelah mengambil kira dan mempertimbangkan segala keadaan dalam sesuatu kes," katanya.

Presiden Bersatu itu memfailkan permohonan pelepasan sementara pasport pada 31 Januari antaranya bertujuan untuk menghadiri majis pembukaan restoran masakan Thai milik rakan rapatnya yang juga warga Malaysia.

Terdahulu, Amer Hamzah berhujah bahawa anak guamnya sanggup memberi aku janji untuk menangguhkan penerbangan ke Bangkok pada 15 Februari sekiranya pendengaran bagi permohonan pendakwaan bagi menangguhkan perbicaraan membabitkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta yang dihadapi Muhyiddin dan permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan berkenaan yang ditetapkan pada tarikh sama tidak selesai.

Noralis yang membantah permohonan itu berkata kesanggupan untuk menangguhkan penerbangan itu tidak dinyatakan dalam afidavit sokongan dan surat jemputan acara pembukaan restoran masakan Thai milik rakan rapat pemohon tidak dinyatakan dalam afidavit awal.

Muhyiddin, 76, berdepan dua pertuduhan menerima Weng hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Pada 15 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

Pihak pendakwaan memfailkan notis di Mahkamah Rayuan pada hari sama dan pendengaran kes itu ditetapkan pada 28 dan 29 Februari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran