web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Terlibat Penipuan Tawaran Kerja Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 4:15PM

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari bersama barang rampasan kes sindiket tawar kerja tidak wujud. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan termasuk seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud yang menyasarkan rakyat di United Kingdom.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata kesemua suspek berusia lingkungan 16 hingga 28 tahun ditahan di dua unit kondominium di kawasan Taman Wahyu Jinjang,di sini, Selasa lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang mula aktif sejak Januari tahun ini akan menghantar pesanan ringkas secara rawak melalui aplikasi WhatsApp yang mengandungi pautan iklan pekerjaan dalam talian kepada rakyat di United Kingdom dengan menggunakan nombor telefon negara itu.

"Setelah mangsa membalas dan menyatakan bahawa berminat dengan tawaran kerja, mangsa

diminta untuk mendaftar akaun di pautan 'Globesailor V88'. Dalam pautan tersebut mangsa diarahkan untuk menyelesaikan tugasan seperti 'like' iklan-iklan tertentu dengan pembayaran deposit dalam matawang kripto USDT.

"Mangsa ditawarkan komisyen sebanyak 0.5 peratus hingga lima peratus bagi setiap tugasan yang berjaya. Sindiket akan memberikan resit yang telah diubah suai untuk menyakinkan mangsa bahawa pembayaran komisen telah dibuat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Ahmad Sukarno berkata sindiket itu dianggarkan mengaut keuntungan sehingga USS3,000 sehari dan pihaknya akan meneruskan siasatan untuk mengesan sekiranya terdapat saki-baki rangkaian sindiket terbabit yang berpusat di negara ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman empat hari bermula semalam, hingga Sabtu ini.

Dalam kes berasingan, Ahmad Sukarno berkata seorang lelaki warga Myanmar yang merupakan Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berusia 50 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di negara ini.

Beliau berkata pekerja kilang itu ditahan di Taman Wilayah Selayang pada 10.15 malam, 3 Februari lepas dan polis turut merampas 42 paket plastik berisi pil yaba serta 28 botol berisi bahan disyaki dadah jenis kodein dengan anggaran nilai rampasan RM45,140.

Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari rakan di Thailand dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan benzo.

Ahmad Sukarno berkata, suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad