web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 200 Delegasi Dari 23 Negara Sertai Program Bina Semula Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 1:27PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Lebih 200 delegasi dari 23 negara akan menyertai 'International Post War Gaza Rebuilding Programme' yang bertujuan untuk membincangkan hala tuju pembangunan semula pascaperang di kawasan bergolak itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan lslam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata program tiga hari yang dijadual berlangsung bermula Sabtu ini (10 Februari) di Shah Alam, Selangor akan disertai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil dari kedutaan negara terlibat.

Beliau berkata wakil yang telah mengesahkan penyertaan antaranya dari Rusia, United Kingdom, New Zealand, Pakistan, Indonesia, Lubnan, Singapura, Thailand, Kemboja serta negara Asia Barat.

"Persidangan ini akan mendengar maklumat terkini tentang apa yang berlaku di Gaza, Palestin dan apakah keutamaan bantuan yang perlu disalurkan pascaperang.

“Kesemua delegasi akan berpakat dan berbincang bagaimana nak laksana (pembangunan semula Gaza).

"Selepas persidangan ini, kami akan tetapkan negara mana tumpu kepada kesihatan, prasarana dan pendidikan. Kami juga nak selaraskan dengan pihak berkuasa Gaza dan bergabung dengan badan-badan antarabangsa yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Azmi berkata inisiatif tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Mereka sangat bersetuju untuk Malaysia jadi peneraju untuk rancang bagaimana nak membantu Palestin selepas perang," katanya.

Beliau berkata sebanyak US$10 bilion (kira-kira RM47.6 bilion) diperlukan untuk pembangunan prasarana dan berharap rakyat di negara ini akan terus menghulurkan sumbangan bagi membantu semula pembangunan Gaza.

Mohd Azmi berkata berkata setakat 29 Januari lepas, sebanyak 26,737 kematian dengan 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak direkodkan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak peperangan meletus pada 7 Oktober tahun lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar