web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Meningkat Di Lebuh Raya Utama Menjelang Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 10:41AM

Pergerakan trafik perlahan arah Utara dari Slim River ke Sungkai. - gambar PLUSLine

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama meningkat susulan pertambahan kenderaan, berikutan cuti panjang menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan setakat 9 pagi ini, aliran trafik meningkat di Permatang Pauh-Perai, Slim River-Sungkai, Setia Alam-Shah Alam dan Bandar Gamuda Cove-Bandar Saujana Putra.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di kawasan selatan negara, kenderaan bergerak perlahan di Ayer Keroh-Jasin manakala aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT 2, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Skudai lancar di kedua-dua arah.

"Aliran trafik dijangka terus meningkat pada sebelah petang selepas waktu bekerja dan orang ramai mengambil peluang menggunakan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula hari ini," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad