web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


14 Chef Perintis Bakal Berentap Dalam Musim Pertama My IKON Chef

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 8:31AM

Pengasas rancangan My IKON Chef Syed Zahid Syed Mohamad menyerahkan cenderahati kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada pelancaran program realiti televisyen, My IKON Chef. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 14 orang chef perintis dari seluruh negara akan berentap dalam musim pertama siri realiti televisyen 13 episod, My IKON Chef yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Bakal ditayangkan menerusi setiap platform Bernama TV, peserta rancangan ini terdiri daripada pelajar jurusan kulinari dari beberapa institusi pendidikan seperti Food Institution of Malaysia (FIM), Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC), Universiti Teknologi MARA Cawangan Dungun, GIATMARA, Kolej Yayasan Pahang dan Kolej Komuniti Chenderoh.

Pengasas rancangan My IKON Chef Syed Zahid Syed Mohamad berkata idea untuk mewujudkan rancangan tersebut tercetus, susulan daripada kesan pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan institusi pendidikan yang menawarkan jurusan kulinari.

"Terdapat beberapa kolej yang telah mengambil keputusan untuk menutup kelas-kelas yang tidak mempunyai bilangan pelajar yang mencukupi. Situasi ini sangat membimbangkan pemain industri, kerana akan wujud kekurangan pelapis pada masa hadapan dalam sektor ini.

“Oleh yang demikian, berbekalkan maklum balas ini, kami di Vision Complete Solutions (VCS) dengan dorongan dan sokongan oleh chef yang sangat berpengalaman, telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu rancangan realiti masakan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran tayangan rancangan itu di sini.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Syed Zahid berkata dengan menyertai rancangan tersebut, peserta berpeluang untuk menimba pengalaman dan berguru dengan chef terkemuka, yang telah berkecimpung dalam dunia masakan dan kulinari bertahun lamanya.

“Mereka inilah yang menjadi tonggak utama negara ini dan meneruskan operasi walau apa pun situasi yang sedang berlaku, serta menjadi pejuang barisan hadapan semasa kita dilanda pandemik COVID-19 tempoh hari," katanya.

Syed Zahid berkata, rancangan My IKON Chef turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan pemain industri, serta syarikat korporat seperti Idaho Potato Commission, MAMEE Food Service, Sri Ternak Group of Companies, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd dan Sunrider International (M) Sdn Bhd. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad