web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru 4 Lelaki Rompak Kedai Emas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 4:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki terlibat dalam rompakan sebuah kedai emas di pasar raya KIP Mall di Kota Warisan, Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kejadian samun berkumpulan menggunakan senjata api itu berlaku pada 8.14 malam tadi.

Beliau berkata empat suspek itu yang tidak diketahui bangsa dan warganegara mereka menaiki kereta dan meletakkan kenderaan itu di bahagian belakang pasar raya terbabit, sebelum masuk melalui sebuah kedai makanan segera di bahagian tengah bangunan itu.

"Tiada sebarang tembakan dilepaskan suspek dalam kejadian ini. Barang yang disamun membabitkan rantai leher dan tangan pelbagai saiz dan berat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata tiga suspek memasuki pasar raya berkenaan pada 8.14 malam dan keluar semula pada 8.16 malam.

"Mereka keluar melalui laluan lain di pintu belakang dan terus menaiki kereta yang mana salah seorang suspek telah siap sedia menunggu di dalam kereta," katanya.

Beliau berkata anggaran kerugian belum diketahui dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/ 397Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

"Individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat ASP Boby Tamat di talian 013-5557858," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad