web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Zaharif Reda, Tunggu Keadilan Untuk Arwah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 1:53PM

Ahli keluarga Muhammad Zaharif Affendi menziarahi pusaranya hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar lelaki yang maut dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru, dekat sini, 15 Disember lepas, telah meneruskan kehidupan seperti biasa dan reda dengan peristiwa itu.

Abang remaja itu,Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata ibu dan bapanya telah membuka semula perniagaan kedai makan mereka di Taman Jati, Meru kira-kira tiga minggu selepas kejadian.

“Kehilangan tetap ada, tetapi kami kini berdamai dengan takdir, walaupun arwah tiada saya dan keluarga akan menziarahi kubur arwah jika ada sebarang perkembangan kes ini, macam hari ini sebutan semula kes mahkamah," katanya ketika melawat pusara Muhammad Zaharif Affendi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Fair Park, di sini hari ini.

Turut hadir peguam pemerhati mewakili keluarga mangsa Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Menurut Zarul Fitri mereka sekeluarga sentiasa berdoa agar keadilan untuk adiknya akan ditegakkan.

Terdahulu, beliau bersama beberapa ahli keluarga hadir ke Mahkamah Majistret di sini bagi mengikuti sebutan kes bunuh Muhammad Zaharif Affendi dan mahkamah menetapkan 21 Mac ini sebagai sebutan semula kes.

Pada 18 Disember lepas, pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat DSP didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian pelajar itu berhampiran Sekolah Menegah Kebangsaan Jati, di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad