web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahun Baharu Cina: Tol Percuma Bagi Kenderaan Persendirian Pada 8, 9 Februari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 12:33PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol yang bermula pada 12.01 tengah malam 8 Feb hingga 11.59 malam 9 Feb itu diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

"Tol percuma oleh kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

“Pendekatan pemberian tol percuma ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan implikasi kewangan bagi pemberian tol percuma itu dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.

Dengan pengecualian bayaran tol itu, Nanta berkata pengguna lebuh raya diharap dapat merancang perjalanan serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang disyorkan dalam tempoh berkenaan.

"Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuhraya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

Pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet adalah mencukupi," katanya.

Pengguna lebuh raya juga disyorkan untuk menyemak status terkini trafik atau insiden di lebuhraya melalui laman media sosial rasmi Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau aplikasi X@LLMtrafik, atau menghubungi talian Pusat Pengurusan Trafik LLM 1-800-88-7752. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 6 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad