web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sasaran 8 Daripada 10 Isi Rumah Ada Akses Ke Stesen Transit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:01PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa merasmikan Bas Mini GoKL dan Laluan Baharu GoKL ke-15 (Prima Alam - Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) di Institut Latihan DBKL hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan lapan daripada 10 jumlah isi rumah di ibu negara mempunyai akses dalam lingkungan tempoh 10 minit ke mana-mana stesen transit berdekatan menjelang 2040.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, perkhidmatan pengangkutan sedia ada hendaklah mencapai kualiti yang diharapkan oleh pengguna.

"...contohnya, dari segi peningkatan tahap frekuensi atau kekerapan lebih singkat, di samping memastikan kemudahan pertukaran mod pengangkutan lebih berintegrasi di bawah satu hab yang sama," katanya ketika merasmikan Bas Mini GOKL dan Laluan Baharu GOKL ke-15 (Prima Alam - Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM) di sini, hari ini.

Dr Zaliha berkata, kerajaan terus komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan percuma bas GOKL dengan memperluas laluan sedia ada kepada 15 laluan secara keseluruhannya dengan menambah tahap capaian penduduk kepada perkhidmatan itu.

"Laluan perkhidmatan bas percuma GOKL sedia ada terdiri daripada 14 laluan, dengan empat laluan di dalam pusat bandar atau Last Mile, manakala 10 laluan lain adalah di luar pusat bandar atau First Mile.

"Laluan sedia ada ini menghubungkan warga kota daripada hab pengangkutan ke sekitar pusat bandar seperti Bukit Bintang, KLCC, KL Sentral dan juga kawasan tumpuan lain di luar pusat bandar seperti Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri," katanya.

Dr Zaliha berkata, kerajaan melalui Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 menyasarkan kadar penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan warga kota sekurang-kurangnya 70 peratus bagi mencapai hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah Bandar Untuk Semua.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh berkata, laluan baharu GOKL ke-15 sudah memulakan perkhidmatan yang menghubungkan penumpang dari Prima Alam Damai ke HCTM sejak 1 Februari lalu.

Menurut beliau, penambahan laluan itu dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti kajian yang dijalankan, permohonan daripada penduduk setempat, selain kawasan perumahan berkepadatan tinggi.

la melibatkan laluan di beberapa kawasan perumahan berkepadatan tinggi seperti Residensi PR1MA Alam Damai, Residensi Razak Mas, Flat Taman Desa Cheras, Flat Taman Bukit Anggerik, Kuarters Institut Pendidikan Alam Damai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Damai, Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, SMK Orkid Desa, Madrasah Makarimul Akhlak, Kondominium Angkasa dan Kondominium Puncak Banyan.

"Laluan baharu ini diwujudkan bagi memberi lebih pilihan kepada orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam, selain turut memudahkan pengguna membuat pertukaran mod pengangkutan daripada bas kepada pengangkutan rel sama ada Transit Aliran Massa (MRT) atau Transit Aliran Ringan (LRT) ... terdapat beberapa lokasi yang membolehkan penumpang membuat pertukaran laluan bas yang dikehendaki iaitu di hentian Institut Latihan DBKL (IDB) dan Prima Alam Damai," katanya.

Kamarulzaman berkata, laluan ke-15 itu turut menggunakan perkhidmatan Bas Mini EV GOKL bersaiz lapan meter yang digunakan di laluan GOKL 15 bermula 1 Februari lalu.

"Penggunaan bas mini bertujuan memastikan pergerakan bas lebih lancar dan mudah untuk membuat pusingan terutamanya ketika melalui selekoh yang tajam, laluan sempit dan kawasan perumahan.

"Kapasiti maksimum muatan bas mini ialah 52 penumpang iaitu 18 penumpang dengan tempat duduk, 33 penumpang berdiri dan satu penumpang berkerusi roda," katanya.

Dalam pada itu, Kamarulzaman berkata, sebanyak 11.5 juta penumpang menggunakan perkhidmatan pengangkutan percuma bas GOKL sepanjang 2023.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited dalam menyediakan perkhidmatan itu kepada pengguna bagi menggalakkan dan memperkasakan pengangkutan awam di ibu kota.

"Purata penumpang bagi setiap hari ialah 32,000 orang dan 960,000 penumpang sebulan, sekali gus menunjukkan peningkatan 33 peratus berbanding 2022 yang mencatatkan 8.6 juta penumpang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad