web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Tahan 2 Ketua Jabatan Di Melaka, Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 7:59PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua ketua jabatan Persekutuan, masing- masing seorang lelaki dan wanita serta seorang pengarah syarikat di Melaka kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program anjuran jabatan dan perpindahan pada 2023.

Menurut sumber, suspek lelaki dipercayai menggunakan dokumen invois bagi tujuan tuntutan palsu pembayaran program jabatan pada 2023 berjumlah kira-kira RM24,900.

"Suspek dipercayai menjadi perancang utama dan berpakat dengan pengarah syarikat terbabit untuk menggunakan invois yang mengandungi butir palsu iaitu tuntutan pembekalan sedangkan pembekalan itu tidak pernah dilaksanakan bagi program yang dianjurkan tahun lepas.

"Seorang lagi suspek (wanita) membuat tuntutan palsu berkaitan perpindahan berjumlah kira-kira RM6,000 kepada jabatannya," katanya sambil menambah kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 2.30 petang tadi ketika memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan suspek terbabit dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam kedua-dua jabatan untuk memberi keterangan.

Beliau turut menyatakan kebimbangan kerana ketua jabatan sepatutnya berpegang kepada prinsip amanah dan akauntabiliti dalam membersihkan jabatan mereka daripada sebarang perlakuan rasuah serta salah guna kuasa dan bukannya menjadi 'duri dalam daging' di jabatan masing-masing.

Mohd Shahril berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan kebenaran permohonan reman. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran