web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbangan Kepada Negara Antara Asas Permohonan Najib Dipertimbangkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 2:26PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, pagi ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan berasaskan kepada sumbangannya kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dilaporkan Berita Harian, berkata ia antara asas yang dipertimbangkan Lembaga Pengampunan, dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan, termasuk kaedah lain yang diperincikan.

Anwar dilaporkan berkata, asas rayuan selalunya mengambil kira peranan pemohon termasuk kepada keluarga atau masyarakat, perjalanan hidupnya sebelum itu, kehidupan di penjara, jasa dan khidmat yang diberikannya.

Perdana Menteri berkata, dalam mempertimbangkan permohon dia, peranan kepada keluarga atau masyarakat dan dalam kes Najib, kepada negara.

"Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan," katanya hari ini.

Anwar berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri.

Menjawab persoalan mengenai permohonan untuk mendapatkan pengampunan itu dibincangkan terlalu awal iaitu ketika Najib baharu sahaja menjalani hukuman, Perdana Menteri berkata, sesiapa sahaja yang sudah dijatuhi hukuman boleh mengemukakan permohonan pengampunan.

"Saya mengakui tanggungjawab itu, jadi kenapa ditanya Perdana Menteri ambil sikap kemukakan rayuan Najib begitu awal, saya kata sebaik sahaja saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan.

"Mesyuarat pertama 9 Disember (tahun) lalu, saya hadir kerana saya masih bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan dan berikutnya (adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Dr Zaliha Mustafa," katanya.

Pada masa sama, Anwar dilaporkan berkata, tidak wajar untuk mana-mana pihak menyalahkan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan kerana keputusan itu diputuskan oleh baginda.

Justeru, katanya, sesiapa sahaja tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusi dan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Itu kena faham, ia bukan diputuskan Lembaga Pengampunan, kalau nak tanya, sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Anwar juga meminta semua perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung isu Lembaga Pengampunan membabitkan Najib, dihentikan kerana keputusan badan itu memberi pengurangan hukuman kepada Najib dibuat atas pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah muktamad dan dibuat atas pertimbangan baginda sebagai mercu keihsanan.

"Yang di-Pertuan Agong memutuskan keputusannya itu muktamad atas pertimbangan yang besar, bukan undang-undang kerana itu proses kehakiman dan pertimbangan utama adalah soal ihsan, jadi sama ada Yang di-Pertuan Agong memilih untuk beri penjelasan atau tidak, itu wewenang tuanku," katanya. – Getaran, 5 Februari 2024

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad