web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Lagi PATI Lolos Maut, Jumlah Diberkas 54 Orang Setakat Pagi Ini – KP Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 12:31PM

Operasi mencari PATI yang meloloskan dari Depot Sementara Imigresen Bidor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lagi pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor, Tapah, maut akibat kemalangan jalan raya malam tadi, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri.

Yusri berkata kemalangan berlaku di KM332.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 9.20 malam tadi.

Katanya, tiga lagi pendatang tanpa izin ditahan awal pagi tadi di kawasan Tapah menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 54 orang setakat 8 pagi ini.

“Mangsa dilanggar pacuan empat roda ketika sedang berjalan kaki dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata semua tangkapan termasuk yang meninggal dunia adalah etnik Rohingya.

Sementara itu, Yusri berkata mayat mangsa kemalangan 9.20 malam tadi dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

Beliau berkata pegawai imigresen hadir ke hospital itu dan mengesahkan bahawa mangsa adalah seorang daripada pendatang yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

“Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan dan menghubungi pegawai penyiasat kes P Prathiparaj dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan trafik, IPD Tapah di talian 014-6178095,” katanya.

Berkenaan tahanan yang ditangkap, Yusri berkata pada 9.45 malam tadi hasil maklumat orang awam, pasukan operasi khas polis berjaya menahan seorang lelaki etnik Rohingya itu di Felcra Jalan Kachu, Tapah.

Katanya pasukan operasi khas polis juga berjaya menangkap lelaki etnik Rohingya pada 3.35 pagi tadi, manakala seorang lagi lelaki Rohingya ditahan di Batu Dua Jalan Pahang, Tapah pada 3.55 pagi tadi.

Pada Khamis lalu, 131 Pati melarikan diri dari blok lelaki Depot Imigresen Bidor kira-kira 9.50 malam, tetapi seorang daripadanya meninggal dunia akibat nahas jalan raya. – BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 minit yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad