web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beradik Maut, 2 Cedera Parah Kemalangan 2 Kereta Di Kota Tinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 5:51PM

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta yang remuk. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, dekat Kota Tinggl, pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Mohd Syukri Mohd Yusof berkata dua mangsa yang meninggal dunia, Mohamad Syahriel Aiman Darwis, 22, dan Nurul Saidatul Akmar Darwis, 36, yang tersepit di dalam kereta Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Dua lagi mangsa yang berada di dalam kereta yang sama iaitu Rukiah Mohd Alwee, 61,dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, dipercayai ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia itu, cedera parah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 10.33 pagi melibatkan kemalangan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Proton Wira membabitkan lima mangsa dan mengerahkan sebuah Fire Rescue Tender (FRT)bersama tujuh anggota ke tempat kejadian.

Mohd Syukri berkata warga emas dan kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi manakala pemandu Toyota Hilux, Suano Jamarin, 57, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tersebut tamat pada 11.55 pagi tadi. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar