web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebocoran Gas Ammonia: Jabatan Mineral Dan Geosains Perak Dikosongkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 5:04PM

Kebocoran yang dikesan di Jabatan Mineral dan Geosains Perak pagi tadi. - gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Petugas Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains Perak berdepan detik cemas apabila berlaku kebocoran gas ammonia pada satu daripada tabung silinder di jabatan itu pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada10.32 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh serta Pasir Puteh digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pegawai dan anggota terbabit termasuk lapan daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Pasir Puteh turut dikerah ke lokasi itu bagi mengawal kebocoran.

Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat kebocoran kecil pada tabung silinder ammonia di bahagian penutup injap tangki silinder WC 133 Liter.

Pemeriksaan juga mendapati berlaku pelepasan gas ammonia pada pengatur yang patah ditabung silinder dan pemeriksaan lanjut dilakukan pada pengatur terbabit bagi memastikan tiada kebocoran lain berlaku," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi juga berkata proses pengungsian bangunan dilakukan manakala pasukan HAZMAT melakukan pemeriksaan bagi mengesan kandungan gas kimia dalam udara dan mendapati

keadaan adalah terkawal serta bacaan ammonia menunjukkan 0 partikel per sejuta.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada 12.35 tengah hari dan tidak melibatkan mangsa. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad