web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Kalau Mahkamah Arah Bayar Selepas Rayuan, Saya Tak Akan Tangguh” - Mahfuz

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 4:27PM

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengarahkannya untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Bagaimanapun, Mahfuz akan meneruskan rayuan terhadap keputusan itu sehingga ke peringkat tertinggi.

Menurut Mahfuz, beliau juga tidak akan sama sekali menuduh mahkamah bertindak zalim mahu pun menyalahkan mana-mana pihak termasuk barisan peguamnya mahu pun peguam Muhammad Sanusi berhubung keputusan tersebut.

Sebaliknya kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, beliau akan terus mengikut proses perundangan dan Perlembagaan yang membenarkannya untuk membuat rayuan.

"Keputusan mahkamah itu saya hormati... Saya takkan sama sekali menuduh kononnya mahkamah bertindak zalim atau 'langkah mayat saya dulu' dalam hal ini.

"Saya tak salahkan mahkamah, hakim, peguam saya mahu pun peguam Muhammad Sanusi. Saya akan ikut proses perundangan dan Perlembagaan.

"Saya dah bincang dengan peguam dan dapatkan nasihat daripada mereka. Saya akan merayu dan masih ada dua peringkat untuk dilalui iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Semalam Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Mahfuz membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Muhammad Sanusi kerana didapati memfitnah Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu pada 2020.

Fitnah itu didakwa dilakukan Mahfuz menerusi hantaran dibuatnya di Facebook pada 17 Oktober 2020 bertajuk 'Komen Politik Semasa', berkaitan pembelian sebuah Toyota Vellfire untuk kegunaan peribadi, yang didakwa menggunakan dana Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Ditanya mengenai kecaman diterimanya terutama dalam kalangan penyokong parti lawan berhubung keputusan mahkamah itu, Mahfuz berkata, beliau tidak kisah dengan semua itu dan berterima kasih kepada mereka yang dilihat sangat prihatin terhadap dirinya.

"Mereka nampaknya terus beri perhatian kepada saya dan saya ucap terima kasih atas keprihatinan itu. Cumanya saya harap mereka bersabar kerana masih ada dua lagi proses rayuan yang perlu dilalui.

"Apabila selesai semua peringkat, saya akan lakukan perkara sepatutnya mengikut keputusan mahkamah.

“Saya takkan keluarkan perkataan yang bukan-bukan seperti 'langkah mayat saya dulu' dan sebagainya terhadap keputusan mahkamah," katanya.

Tambahnya, beliau telah bersedia untuk menghadapi apa jua keputusan mahkamah terhadap rayuan dibuatnya selepas ini.

"Kalau mahkamah putuskan saya bersalah, maka saya akan bayar kepada Muhammad Sanusi tanpa bertangguh.

“Saya akan selesaikan semua apabila apabila semua proses selesai dan sementara itu, semua orang perlu bersabar," katanya.

Selain membuat bayaran ganti rugi terhadap Muhammad Sanusi, mahkamah turut memerintahkan Mahfuz untuk memohon maaf secara terbuka yang perlu diterbitkan di sebuah akhbar bahasa Melayu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman. 

Permohonan maaf juga perlu dimuat naik di akaun Facebook Mahfuz dengan segala termanya hendaklah disemak serta dipersetujui plaintif.

Di samping itu, Mahfuz turut diperintah menarik balik hantaran Facebook serta video yang dimuat naik pada tarikh tersebut selain dilarang memuat naik dan menyiarkan sebarang kenyataan, video mahu pun kandungan media atau apa-apa bentuk yang mengandungi maklumat atau kandungan serupa atau menyentuh isu sama atau berkaitan.

Mahkamah turut mengarahkan perintah injuksi kekal bagi menghalang defendan atau mana-mana pihak daripada memuat naik, menyiarkan dan menerbitkan apa-apa kenyataan dalam apa juga bentuk, yang mengandungi maklumat dan kandungan serupa. – Getaran, 1 Februari 2024.

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad