web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bapa Kandung Tidak Mengaku Salah Rogol Anak 16 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 3:50PM

Suspek rogol anak dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban untuk didakwa kerana merogol anak sendiri. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun pada November lepas.

Lelaki berusia 47 tahun itu yang mengalami cacat penglihatan mata sebelah kiri akibat kemalangan, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Lelaki itu didakwa merogol remaja itu di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru Kota, Rembau, pada 12 November lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bapa kepada tiga anak itu dalam rayuannya berkata dia mabuk pada hari kejadian dera itu dan turut memaklumkan dia berstatus Orang Kurang Upaya selepas kehilangan sebelah mata dalam kemalangan dan juga menanggung bapanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera, di sini, pada 24 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata lelaki itu turut disiasat bagi kesalahan merogol, selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah yang memaklumkan remaja itu memberitahu pernah dirogol bapanya pada 12 November tahun lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad