web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Pukul Isteri Tak Endah Suruhan Buat Kerja Rumah Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 8:38PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai memukul isterinya yang didakwa mengendahkan suruhannya untuk membantu membuat kerja rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 36 tahun yang juga penganggur itu ditahan di sekitar Pandan Perdana, 6.20 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman dikatakan telah bertengkar dengan suaminya.

"Suspek kemudiannya telah bertindak merosakkan komputer riba milik mangsa dan telah memukul pengadu sehingga mendatangkan kecederaan terhadap pengadu di bahagian tangan kanan.

"Suspek berang kerana pengadu tidak membantunya membuat kerja rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu kini direman tiga hari dan kes disiasat bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar