web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Kesan Waran Tangkap Palsu Di Aplikasi WhatsApp, Telegram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 7:29PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan elemen penipuan yang menggunakan modus operandi menghantar mesej waran tangkap palsu kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata waran itu didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya bertajuk 'Unit Khas Pasukan B-19 JSJK'.
Beliau berkata waran itu kononnya dikeluarkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera bagi menahan pesalah dan kesalahan yang dinamakan dalam tempoh 24 jam.
"Isi kandungan waran tangkap itu juga menyatakan Mahkamah Tinggi memberi kuasa kepada PDRM untuk melaksanakan arahan tersebut dan pesalah yang ditahan tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam.
“Selain itu, aset yang didaftarkan atas nama pesalah juga akan dibekukan dan disita serta tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara setelah tindakan diambil," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Rohaimi berkata pihaknya tidak pernah menerima waran itu dan ia merupakan antara elemen penipuan.
Beliau berkata justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengikuti arahan yang diterima melalui mesej itu atau individu tidak dikenali.
Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihat untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada penerimaan sebarang dokumen yang tidak dipastikan kesahihannya.
"Lakukan semakan dengan agensi berkaitan sebelum mengambil keputusan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau pengesahan berkaitan kewujudan modus operandi baharu penipuan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau CCID infoline di talian 013-2111 222. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad